Drama Suri Katriana akan mula bersiaran pada 29 Oktober 2019 selama 49 episod pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang. Terbitan produksi Metrowealth Pictures dan arahan pengarah Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya).

Drama Suri Katriana

Para Pelakon

Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Lagu Tema / OST

Sinar Mata Hari - Ernie Zakri

Sinopsis Drama Suri Katriana

Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.

Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy).

Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.

Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?

Gambar Pelakon

Akasia TV3 membawakan drama baru yang diadaptasi dari novel bertajuk Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry. Dijangka akan ditayangkan pada bulan Oktober tahun ini.

Drama Setelah Ku Dimiliki

Para Pelakon

Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Lagu Tema/OST

Damaikanlah - Ika Mustafa

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki

Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya.

Walau bagaimanapun, Adriz yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Saraffia.

Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya. Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia.

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya.

Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia. Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?

Gambar Pelakon


Drama Setelah Ku Dimiliki

Saksikan drama Cemburu Seorang Perempuan yang mula bersiaran pada 29 Oktober 2019, Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot DramaVaganza saluran Astro Ria. Terbitan produksi Global Station Sdn Bhd dan arahan pengarah Eyra Rahman.

Drama Cemburu Seorang Perempuan

Para Pelakon

Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Mior Darwish.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Sinopsis Cemburu Seorang Perempuan

Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini rakan rapatnya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka.

Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

Drama Satukan Rasa akan mula ditayangkan pada 4 November ini di slot MegaDrama Astro Ria selama 20 episod. Terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading, skrip Puovin & Tommy Loh dan arahan Hadith Omar.

Drama Satukan Rasa lakonan Siti Nordiana dan Khai Bahar

Para Pelakon

Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Drama Satukan Rasa

Mengisahkan seorang balu bernama Indah yang sedang selesa menjalani hidupnya sebagai pekerja servis party, bertembung dengan Jai, seorang pelajar yang mempunyai masalah gemuruh. Dengan satu bantuan hidup mereka bakal berubah.

Gambar Pelakon

Drama Satukan Rasa

Drama Satukan Rasa

Jangan ketinggalan saksikan drama Satukan Rasa ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Terbaru di slot Samarinda TV3 drama bertajuk Sara Sajeeda yang merupakan drama kolaborasi Malaysia dan Pakistan. Cerita asal dan skrip oleh Syed Muhammad Taufik Syed Abd Jalil, diarahkan Eoon Shuhaini dan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd.

Drama Sara Sajeeda lakonan Tiz Zaqyah dan Arsalan Asad Butt

Para Pelakon

Tiz Zaqyah, Arsalan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Hareb Farooq, Sachal Afzal, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Mas Anizan, Shaharudin Thamby, Raheela Acha, Saima Saleem, Zoya Khan, Aliha Chaundry.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30

Video Promo


Sinopsis Sara Sajeeda

Sara dipaksa oleh ayahnya, Ismadi untuk meneruskan hubungan bersama Megat. Sara memilih untuk memutuskan hubungan itu kerana Megat masih belum serius dalam perhubungan mereka.

Sara 30, seorang pensyarah yang mempunyai prinsip hidup tersendiri dipaksa oleh bapanya, Ismadi, 50 untuk mengahwini Megat, 30, seorang peguam yang terkenal Malaysia. Empat tahun melayari alam percintaan, Sara merasakan sikap Megat amat membayangi bapanya. Sara mengambil keputusan untuk mencari calon suaminya sendiri dan berlaku salah faham dengan Ismadi. Namun, cara Sara itu mendapat perhatian daripada ibunya Norizan, 50 dan adiknya, Khalif, 20.

Terbaru di Slot Lestary TV3, drama Pesan Dari Hati yang mula bersiaran pada 25 Oktober 2019 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 10 malam. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Aluddin, srkip PGRs Team, Chinta Nadeesha, Sari Hermawati dan terbitan syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd.


Para Pelakon

Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Lagu Tema / OST

Jangan Khianati Aku - Azlan and The Typewriter

Sinopsis Pesan Dari Hati

Yusuf bergaduh besar dengan abang iparnya Virza. Virza berdendam, dia mengupah orang untuk memukul Yusuf. Yusuf diculik dan dipukul, namun sempat melarikan diri. Semasa memandu laju… tayarnya pancit. Mahu atau tidak dia terpaksa naik KTM. Semasa menunggu KTM, dia berlanggar dengan Zulaikha. Zulaikha menuduh Yusuf mencuri dompetnya. Dia menyangka Yusuf peminta sedekah. Berdasarkan keadaan Yusuf yang selekeh.

Lain
Kisah cinta pandang pertama antara Yusof, lelaki bandar dengan Zulaikha seorang gadis kampung. Namun kerana perbezaan darjat hubungan mereka dilontar kebencian.

Setelah lima tahun berpisah, Zulaikha kembali untuk meminta pertolongan daripada Yusof dan sebagai ganti dia perlu menjadi orang gaji.

Gambar Pelakon


Drama Pesan Dari Hati

Chandra Nandini adalah drama bersiri India yang mula ditayangkan pada 17 September 2019 di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4 petang.

Drama Chandra Nandini

Diterbitkan oleh Ekta Kapoor di bawah syarikatnya Balaji Telefilms dan diarahkan oleh Ranjan Kumar Singh.

Dibintangi oleh Rajat Tokas sebagai Chandragupta Maurya dan Shweta Basu Prasad sebagai Nandini, alur ceritanya berdasarkan pada kehidupan Chandragupta Maurya.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30
Episod 31 Episod 32 Episod 33 Episod 34 Episod 35
Episod 36 Episod 37 Episod 38 Episod 39 Episod 40

Sinopsis Chandra Nandini

Berkisar tentang kehidupan seorang pemuda yang bernama Chandragupta iaitu pengasas empayar Maurya. Drama ini mengisahkan kisah cintanya dengan seorang puteri bernama Nandini, anak kepada musuh yang paling dia benci.
 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar