Drama Cinta Belum Tamat Tempoh lakonan Nafiz Muaz dan Bella Astillah

Drama terbaru adaptasi dari novel Cinta Belum Tamat Tempoh karya Rehal Nuharis bakal bersiaran di slot MegaDrama saluran Astro Ria bermula pada 10 September 2019. Merupakan terbitan syarikat produksi MIG Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Jamal Khan.

Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

Drama ini menggandingkan hero baru Nafiz Muaz dan heroin Bella Astillah (ex-wife Aliff Aziz). Anda boleh membaca secara onlie novel ini di https://www.wattpad.com/story/49292317-cinta-belum-tamat-tempoh

Para Pelakon

Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Haleeda Mazlin, Sissy Imann, Darwish Mikael, Zailin Aqeesha, Fikry Kiki.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16

Teaser Promo


Sinopsis Cinta Belum Tamat Tempoh

Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe.

Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul.

Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.

Gambar Pelakon



 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar