Drama Setelah Ku Dimiliki lakonan Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman

Akasia TV3 membawakan drama baru yang diadaptasi dari novel bertajuk Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry. Terbitan Nuansa Sdn Bhd, skrip nukilan bersama Rehal Nuharis, Dayang Kartinah Said dan arahan pengarah Osman Ali.

Drama Setelah Ku Dimiliki

Para Pelakon

Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16
Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24
Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28

Baca juga: Drama Adellea Sofea lakonan Ungku Ismail Aziz dan Mira Filzah

Lagu Tema/OST

Damaikanlah - Ika Mustafa

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki

Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya.

Walau bagaimanapun, Adriz yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Saraffia.

Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya. Di sana dia diperkenalkan dengan Sarrafia.

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya.

Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia. Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?

Gambar Pelakon


Drama Setelah Ku Dimiliki

Jangan lupa saksikan 28 episod drama Setelah Ku Dimiliki pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Akasia TV3.