Drama Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak


Terbaru di slot Akasia TV3 drama adaptasi dari novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak. Terbitan produksi JS Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Jinggo (Azman Yahya).


Para Pelakon

Ayda Jebat, Remy Ishak, Lia Natalia, Sheila Rusly dan ramai lagi.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4
Episod 5Episod 6Episod 7Episod 8
Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12
Episod 13Episod 14Episod 15Episod 16
Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24
Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28

Sinopsis Bukan Gadis Biasa

Menyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca.

Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya.

Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa.

Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat.

Bukan Gadis Biasa juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah.

Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.

Saksikan nanti tonton 28 episod drama Bukan Gadis Biasa ini di slot Akasia TV3 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.