Drama TQ Captain lakonan Hisyam Hamid dan Mawar Rashid

Terbaru di slot MegaDrama Astro Ria drama adaptasi novel bertajuk TQ Captain karya Qash Irdina akan mula bersiaran pada 9 Disember 2019. Diarahkan oleh Jamal Khan dan terbitan syarikat produksi Arie Zaharie Production bersama Maritim Malaysia.

Drama TQ Captain astro ria

Para Pelakon

Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok, Raf Yaakob, Natrah Khalid, Fadhli Masoot, Harris Annuar, Muntazar Ghani, Fateha Khai, Jalaluddin Hassan, Safura Ya'cob.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16
Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis TQ Captain

Mengisahkan tentang seorang wartawan terkenal, Mikayla Mirza yang mempunyai iltizam tinggi dalam melaksanakan tugasannya. Mikayla yang asalnya merupakan seorang wartawan hiburan mempunyai sikap pantang dicabar dan ego yang tinggi.

Dia telah dicabar oleh majikannya untuk membuat satu liputan khas dokumentari berkaitan Maritim Malaysia yang merupakan sebuah agensi yang berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang serta melakukan tugas mencari dan menyelamat di laut.

Ketika Mikayla menjalankan tugasannya, menemukan dirinya dengan Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin, seorang Pegawai Memerintah kapal KM Bagan Datuk.

Versi novel. Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands.

Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya’, mat perang kacak bergaya di RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, mat perang itu juga menjadi hero menyelamatkannya. Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya’ berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla.

“Kerja nombor satu. Awak nombor dua.”- Kapten Dihya’

Amboi, padu betul ayat dia!

“Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu.”- Mikayla

Ayat orang tak nak kalah.

Mikayla menjunjung ego. Kapten Dihya’ angkat kaki. Masa itu, baru kenal erti rindu. Oleh kerana bumi ini bentuknya sfera, mereka asyik sahaja bertemu. Bercakar belum lagi, cuma bertikam lidah. Sekejap sayang, esok membenci. Tapi bila rindu, seorang asyik tengok WhatsApp sambil menangis tak berlagu, seorang lagi tiup seruling lagu Kamelia. Masuk angin keluar asap!

“Don’t you dare challenge me, Dihya’. Just because that I confessed my own feelings towards you lately, you buat I rasa macam perempuan murah. Go to hell with your pride and concern.” – Mikayla

“Pasal Mikayla, aku memang sayang kat dia. Cuma perasaan sayang ni aku serahkan kepada Allah. Apa yang kita sayang, biar Allah yang jaga.”- Kapten Dihya’

Ada rahsia yang perlu dibongkar. Kerana selagi itu, cinta antara Mikayla dan Kapten Dihya’ tidak akan bersatu sampai bila-bila. Tapi, siapakah yang akan membongkarkan rahsia itu? Bersatukah dua jiwa itu akhirnya?

Gambar Pelakon



Drama TQ Captain megadrama

Saksikan nanti drama TQ Captain bersiaran 20 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan RiaHD.
Comments

Add your comment
EmoticonEmoticon