Episod Akan Datang Drama Rindu Yang Terlarang


Episod 20


Episod 19
Ainnura berbohong dengan Fariz yang bengkak di kepalanya akiat terhantuk pada sinki. Dalam waktu yang sama, Rohana mendakwa Ainnura sengaja menolaknya sehinggakan dia hampir terjatuh.

Episod 18
Rohana sengaja menyeksa fizikal dan mental Ainnura. Fazira melihat apa yang dilakukan oleh Rohana terhadap Ainnura lalu mendesak Ainnura dan Fariz keluar dari rumah tersebut.

Episod 17
Sikap prihatin dan baik Rohana terhadap Ainnura akhirnya terbongkar apabila tujuan Rohana merestui hasrat Fariz untuk megahwini Ainnura hanyalah semata-mata untuk membalas dendam pada Ainnura.

Episod 16
Selepas kematian Tok Wan, Ilah berhasrat untuk membatalkan perkahwinan Ainnura dengan Fariz.

Episod 15
Ainnura akhirnya bersedia untuk berkahwin dengan Fariz untuk kali kedua tetapi memberi syarat supaya Rohana sendiri yang meminangnya.

Episod 14
Tindakan Tok Wan merapatkan hubungan Ainnura dengan Fariz menimbulkan kemarahan Ilah. Ilah tetap berkeras untuk jodohkan Ainnura dengan lelaki pilihannya.

Episod 13
Bagaimanapun Datuk Rashid mendesak Rania supaya usaha lagi dan jangan mudah mengaku kalah. Dia mahu Fariz menjadi menantunya demi legasi syarikat mereka.

Episod 12
Tok Wan kurang senang apabila mengetahui Ainnura menjalin semula hubungan dengan Fariz. Dia mahu Ainnura putuskan hubungan dengan Fariz.

Episod 11
Setelah berusaha, Fariz berjaya mengajak Ainnura keluar. Fariz berterus terang yang dia masih sayangkan Ainnura. Ainnura serba salah kerana dia tahu yang Datuk Rashid mahu menjodohkan Fariz dengan anaknya.

Episod 10
Rohana desak Fariz agar berkahwin dengan Rania. Bagaimanapun Fariz menolaknya dan bertegas walau apa cara sekalipun, dia akan tetap berkahwin dengan Ainnura.

Episod 9
Fariz mengikuti gerak geri Tokwan dan mencari Ain hingga di kedai. Ain berpura-pura tidak mengenali Fariz. Dalam diam, Ain terluka dan terlalu merindui Fariz.

Episod 8
Ilah menghalau Ain dari rumah atas apa yang Ain lakukan. Fariz hadir memujuk semula Ain di rumah. Malangnya, Ain menghalau Fariz dan meminta Fariz pergi.

Episod 7
Tokwan mula susah hati dengan keadaan Ain yang semakin kemurungan. Fariz cuba untuk rujuk semula dengan Ain. Sementara itu, Ilah dan Adnan cuba untuk menyatukan Ain dengan lelaki lain.

Episod 6
Encik Fadzlan mengugut Fariz untuk menceraikan Ain. Hingga akhirnya Fariz terpaksa juga menceraikan Ain. Fariz kecewa dengan sikap ayah dan ibunya.

Episod 5
Keluarga Encik Fadzlan dan Encik Adnan bertemu dengan bomoh untuk memisahkan Ainurra dan Fariz. Pada masa yang sama, Fariz kini sudah mula bekerja.

Episod 4
Ainnura berduka hati kerana tidak dapat bertemu Fariz. Kerana itu, Ainurra nekad melarikan diri menyelamatkan diri tanpa mengetahui ujian terbesar yang harus dihadapi adalah keluarga Fariz.

Episod 3
Selepas nikah, mereka tinggal bersama Tokwan. Sementara Rohana ibu Faiq mengesyaki yang Ainnur dan Faiq sudah pun berkahwin.

Episod 2
Ainnur dan Faiq lari ke selatan Thailand untuk bernikah dengan Atuk Ainnur.

Episod Akan Datang Drama Rindu Yang Terlarang