Program Stand Up Comedy Otai di Astro Warna

Terbaru Astro melancarkan sebuah program berkonsepkan persembahan komedi bertajuk Stand Up Comedy Otai. Program ini akan bersiaran pada setiap hari Khamis bermula 5 Disember jam 9.30 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Program Stand Up Comedy Otai di Astro Warna

Program yang bercorak showcase ini akan tampil dengan tema yang berbeza untuk 10 episod. Barisan pelawak ini diberikan peluang berkongsi pengalaman dan kisah hidup mereka namun perlu bersesuaian dengan nada komedi.

Senarai Peserta Stand Up Comedy Otai

  1. AR Badul
  2. Salih Yaacob
  3. Fauziah Nawi
  4. Angeline Tan
  5. Azlee Senario
  6. Hamdan Ramli
  7. Saiful Apek
  8. Sheila Mambo
  9. Mr Rama
  10. Datuk Shah Reza
  11. Wan Maimunah
  12. Pak Ya Senario
  13. Jaafar Onn
  14. Shamsul Ghau Ghau
  15. Imuda
  16. Ebby Yus
  17. Jalil Hamid
  18. Sathiya

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10

Program Stand Up Comedy Otai di Astro Warna

Menurut Ketua Saluran Astro Warna, Prima dan InTrend, Norzeha Mohd Salleh, program terbaru ini bertujuan menyahut saranan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi menggalakkan penglibatan penggiat seni veteran untuk kekal relevan.

“Musim pertama ini menyaksikan pihak Astro yang memanggil para pelawak veteran ini untuk menyertai program ini.

“Diharapkan jika ada permintaan, lebih ramai pelawak yang sukarela untuk menyertai program ini untuk musim kedua.

“Di pentas Stand Up Comedy Otai inilah barisan pelawak veteran diberikan platform untuk berkongsi pengalaman mereka dalam mengharungi industri seni supaya lebih rami generasi muda mengenali mereka,” katanya kepada Gempak.

Program Stand Up Comedy Otai turut boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.