Cerekarama Taubatku lakonan Syafiq Kyle dan Azar Azmi

Tonton telefilem bertajuk Taubatku di slot Cerekarama TV3 Sabtu ini 28 Disember 2019 jam 9 malam. Telefilem ini merupakan ulangan, pernah ditayangkan pada tahun lepas. Diarahkan oleh Heykal Hanifah dan terbitan produksi Luqsar Kreatif Sdn Bhd.

Cerekarama Taubatku TV3

Para Pelakon

Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadha, Syazuwan Hassan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli.


Sinopsis Cerekarama Taubatku

Setelah lima tahun mendirikan rumah tangga, Ismail dan Maisarah akhirnya dikurniakan seorang anak. Kehidupan mereka semakin bahagia setelah kelahiran Yusuf namun hanya sementara apabila mereka terlibat dalam kemalangan dan Yusuf disahkan lumpuh seumur hidup.

Tidak lama selepas itu, Maisarah pula terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Dunia Ismail terus berubah, dia harus bekerja keras untuk menjaga Yusuf sehinggakan kebajikan Yusuf mula terabai.