Drama Cerita Hantu Asrama lakonan Tiz Zaqyah, Ariff Bahran, As’ad Motawh, Sharifah Rose, Yuna Rahim


Tonton drama bersiri seram bertajuk Cerita Hantu Asrama ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 11 malam di Astro Prima. Terbitan produksi Padusi Pictures, skrip Marr Mohamad dan pengarah Faliq Sharif.

Drama Cerita Hantu Asrama

Para Pelakon

Tiz Zaqyah, Ariff Bahran, As’ad Motawh, Sharifah Rose, Yuna Rahim, Atiq Azman, Adam Lee, Sweet Qismina, Fazziq Muqris, Afieq Shazwan, Aisar Khaledd, Aman, Aiman Tino, Izzy Reef.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8

Sinopsis Cerita Hantu Asrama

Sebuah drama rantaian yang menghimpunan kisah-kisah seram di asrama.

Episod 1. Kisah kejadian aneh surau lama di sekolah mereka. Kisah tentang seorang pelajar lelaki - Imran yang diganggu ketika solat di surau berkenaan.

Episod 2. Adi menceritakan tentang kisah loker yang menghantui pelajar baru asrama bernama Syaqir. Setiap malam, Syaqir diganggu dengan jeritan dan ketukan yang kuat dari dalam loker.

Episod 3. Wani berkongsi kisah tentang Aqilah. Malangnya, Aqilah ditemukan mati dan menghantui seluruh asrama. Wani melihat kelibat misteri di dalam rumah warden Farha. Apa yang terjadi?