Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis lakonan Nafiz Muaz dan Uqasha Senrose

Saksikan drama adaptasi novel Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis karya Aulia Aiman yang bakal bersiaran pada Disember 2019 di slot Drama Vaganza Astro Ria. Terbitan produksi Macheall Star United Sdn Bhd, diarahkan oleh Hashim Rejab dan skrip Intan Zarina.

Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Para Pelakon

Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusuf Bahrin, Elly Mazlein, Mimi Ernida, Reza Hasbi, Harin Hashim, Aman Graseka, Azri Iskandar, Catriona Ross, Norlia Gani dan ramai lagi.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16
Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20


Sinopsis Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Versi novel. Cinta? Dia datang tanpa diundang, dan perginya juga tanpa dipinta. Di mana sahaja cinta itu hadir, waktu dan ketikanya tidak pernah menjadi halangan. Begitu juga dengan cinta pandang pertama Kris Al-Hadi. Cintanya berputik saat terpandang gadis berpakaian penjara. Comel dan anggun. Tapi sayang, cik gadis yang diminati sedang menanti hari perbicaraan.

“Saya nak awak tahu, dari hari pertama saya lihat awak dengan pakaian penjara, hati saya sudah terdetik untuk ambil awak sebagai isteri. Saya sayangkan awak.”~ Kris Al-Hadi

“Kalau awak betul-betul sayangkan saya, buktikan rasa sayang awak tu pada saya.”~ Salsabila

novel Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Yang menjadi masalah, gadis tersebut terhumban ke penjara kerana perbuatan manusia yang iri hati. Mujur ada dia yang sudi menjadi hero dan penyelamat. Dan kerana sikap gentleman tersebut, ada cinta lain datang dan mendekat. Tapi sayang, cinta itu cinta terlarang. Mana mungkin untuk dia menyambut cinta dari kekasih abang sendiri. Kerja gila namanya!

“Kalau you tak sihat.. biar I temankan you! I jaga you, dan you pula jaga I.” ~ Yasmin
“I cari pekerja untuk jaga akaun syarikat, bukan jaga I. Please, jauh sikit! I tak selesa, I panas.”~Kris Al-Hadi

Kerana cinta terlarang, ada yang menjadi korban. Hendak tak hendak, majlis perkahwinan yang diatur harus diteruskan dan hanya pengantinnya sahaja yang terpaksa ditukar ganti tanpa pengetahuan sesiapa.

“Jantan tak guna! Dengan tunang aku jugak kau nak buat perangai tak senonoh!”~Khairyl
“Sumpah demi Allah, aku tak buat semua tu!”~Kris

Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis 2

Kris mencintai si gadis bernama Salsabila, apa pun terjadi Yasmin bukan pilihan hatinya. Sudahnya, pengantin lelaki terpaksa membuat pilihan yang dirasakan terlalu payah untuk diputuskan. Antara dua gadis, Salsabila dan juga Yasmin, siapakan yang bakal dipilih? Dan antara dua pengantin lelaki, Khairyl dan juga Kris, yang mana satukah menjadi pilihan cik gadis yang indah dengan busana pengantinnya.

Jangan ketinggalan ketahui kesudahan drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Drama Vaganza Astro Ria.