Program Dansa Dan Sing di Astro Ria


Tonton program terbaru Astro bertajuk Dansa Dan Sing membawa elemen dinamik seni tari dan nyanyian digabungkan dalam satu persembahan yang menarik.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Mohd Kamal, pemarkahan peserta dalam pertandingan tersebut adalah berdasarkan penilaian juri sepenuhnya.

Program Dansa Dan Sing

Selebriti popular, Sherry Alhadad pula telah dipertanggungjawabkan sebagai pengacara program berkenaan.

Senarai Peserta Dansa Dan Sing

  1. Chubb-E & Zeppo Youngsters Crew
  2. Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad
  3. Shiha Zikir & Teamsquad
  4. Sophia Liana & Budak Ngam
  5. Wani Kayrie & Delitz
  6. WARIS & Alamak
  7. Arja & The Pirates - tersingkir ep6
  8. Atilia Haron & Yasmin Hani - tersingkir ep4
  9. Nik Qistina - tersingkir ep3
  10. Harris Baba - tersingkir ep2

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8

"Penilaian markah para peserta akan berdasarkan markah juri sepenuhnya dimana aspek tarian membawa markah 70 peratus dan nyanyian pula sebanyak 30 peratus.

"Pihak produksi juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap program ini memandangkan sudah lama pihak Astro tidak menghasilkan program tarian sebegini," ujarnya.

Emarina berkata demikian ketika ditemui di sidang media Dansa Dan Sing bertempat di The Starling, Damansara Utama sebentar tadi.

Tambah Emarina, program itu juga akan menampilkan tema yang berbeza setiap minggu.

"Tema berbeza akan diberikan kepada para peserta setiap minggu, pemilihan tema adalah bukan berdasarkan pada muzik semata-mata, ia boleh melibatkan elemen seperti props, emosi dan sebagainya," ujarnya lagi.

Guru tari terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen negara, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.

Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang setiap minggu bagi turut mengadili persembahan peserta.

juri dan hos

Juara Dansa Dan Sing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Konsert mingguan Dansa Dan Sing akan ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

21 comments

  1. @zudin
    Ep3 esok baru main la Ahad 19/1/2020

    ReplyDelete
  2. Min Nak Yang Minggu Ke 1 Punya Tapi Bukan Dari YouTube Plss 😭

    ReplyDelete
  3. Letak nama
    Minggu 1 ada yg utube je

    ReplyDelete
  4. Min i want minggu keempat punya 😭😭😭

    ReplyDelete
  5. min nak minggu ke 4 punya pls

    ReplyDelete
  6. Minggu 4 mnaaa
    Knp dh lama ta update crita hantu asrama

    ReplyDelete
  7. Admin tgh raya cina lagi kot.ahahahah

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. hahaha bagi chan la min bcoti2 malaysia jugek

    ReplyDelete
  10. TQ Admin, as always...But hopefully you've got the 1st week with no sound-off like the YouTube version that you've got right now. It would be much better. But anyway, tq for each weeks. 👍

    ReplyDelete
  11. @TWHeart
    1st week? ok den torai rerec klu ada masa nnti

    ReplyDelete

Jangan tak letak nama guys..
Komen tak do nama den delete
EmoticonEmoticon