Drama Kau Perempuan Itu lakonan Liyana Jasmay, Ariff Aziz dan Mustaqim Bahadon


Drama rantaian terbaru di slot Widuri TV1 bertajuk Kau Perempuan Itu yang mula bersiaran pada 25 Januari 2020 setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7 malam.

Diarahkan oleh Bade Hj Azmi dan terbitan produksi A.Aida Production Sdn Bhd.

Drama Kau Perempuan Itu

Para Pelakon

Liyana Jasmay, Ariff Aziz, Mustaqim Bahadon, Neera Azizi, Silfeny Osman, Doria Rachel Jolly, Sheila Hassan, Razak Ahmad, Aisya Hasnaa, Raja Azmi, Zaidi Omar, Aida Khalida, Afzan A.Rahman, Ainaa Azhari, Yumna Ayuna, Aiyuni Hashim.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13

Sinopsis Kau Perempuan Itu

Mengisahkan seorang gadis yang menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Cabaran bermula apabila lelaki yang dicintainya berkahwin dengan gadis lain.

Persahabatan Sarah dan Tina pada mulanya baik dan akrab. Namun, akhir-akhir ini dia seolah dapat merasakan hubungan mereka semakin renggang. Apa yang terjadi sebenarnya?

Telefon Sarah rosak, siapa yang buat? Siapa yang betulkan? Ari dengan berlagak dan sombongnya, kenapa? Sarah ayah Tina di hospital, terserempak dengan siapa?

Mengenali Arif Shah membuatkan hati Sarah kembali berdebar kencang selepas putus cinta dengan Ikram. Tatkala hati mula terpaut dengan kehadiran lelaki itu, hati Sarah kembali sakit apabila mendapat berita bahawa Arif Shah akan bertunang dengan Marliana.

Atas nasihat Tuan Ramlee dan Encik Sulaiman, Sarah berkahwin dengan Ari Aqashah, seorang lelaki yang sombong, bongkak dan ego. Tanpa diduga, selepas perkahwinan Sarah dengan Ari Aqashah, keluarga Sarah meninggalkannya dalam keadaan sangat menyedihkan.

Dibenci suami dan ahli keluarga sendiri menjadikan Sarah keseorangan. Tidak pasti dengan perasaan sendiri dan pesanan-pesanan Arwah Encik Sulaiman menjadikan Sarah keliru apa yang harus dia lakukan.

Kehadiran Haikal mengelirukan Sarah. Siapa sebenarnya Haikal? Apakah sebenarnya hubungan Haikal dengan Sarah? Kesabaran hati seorang isteri sekali lagi diduga dengan kehadiran Tasha yang mahu menuntut cinta Ari Aqashah. Adakah masih ada ruang kemaafan dalam hati Ari Aqashah untuk bekas teman wanitanya?

Adakah sikap keras Ari Aqashah akan dibalas dengan sikap keras kepala Sarah atau sebaliknya? Bagaimanakah Sarah menangani masalah rumah tangga yang tidak habis - habis menguji kesabarannya?

Pelakon Kau Perempuan Itu
Comments

Jangan tak letak nama guys..
Komen tak do nama den delete
EmoticonEmoticon