Cerekarama Misteri Bilik Bawah lakonan Nad Zainal dan Zahiril Adzim


Tonton telefilem Sabtu ini bertajuk Misteri Bilik Bawah yang disiarkan di slot Cerekarama TV3. Ditayangkan pada 18 Januari 2020, jam 10 malam. Diarahkan oleh Khairul Anuar Mat Noor, skrip nukilan Rohaidah Haron dan produksi ZK Creative Production Sdn Bhd.

Cerekarama Misteri Bilik Bawah

Para Pelakon

Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa dan ramai lagi.

Lagu OST/Tema: Sumpahan - Schanuril


Sinopsis Misteri Bilik Bawah
Akibat selalu mendapat mimpi yang pelik dan gangguan mistik yang berterusan, Zalika mengesyaki bilik bawah yang dilarang daripada membukanya oleh ayah mentuanya itu mempunyai kaitan apa yang dia alami.