Drama Rindu Yang Terindah lakonan Redza Rosli dan Amelia Henderson


Tonton drama Rindu Yang Terindah yang adaptasi dari novel Derita Terindah karya Eshal Nuranis. Drama ini akan bersiaran di slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Tarikh mula tayangan belum diketahui lagi.

Terbitan produksi OrangeTree Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Emi Sufian.

Drama Rindu Yang Terindah

Para Pelakon

Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle, Zaefrul Nordin.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16

Sinopsis Rindu Yang Terindah

Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.

“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” – Airis Warda

Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya. Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

Gambar Pelakon


4 comments

  1. Memang belum tayang yaa di tv 3 nya?

    ReplyDelete
  2. Admin, takde download link ke? 😭

    ReplyDelete
  3. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    ReplyDelete

Jangan tak letak nama guys..
Komen tak do nama den delete
EmoticonEmoticon