Drama Korban Kasih lakonan Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera


Saksikan drama adaptasi novel karya Fatimah Saidin bertajuk Korban Kasih yang akan ditayangkan bermula 24 April 2020, Isnin hingga Ahad jam 7 malam di TV1.

Drama 30 episod ini merupakan terbitan Mache Allstar United Sdn Bhd, skrip Farhana Fauri dan diarahkan oleh Pali Yahya.


Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Hassan, Nadiyah Shahab, Elnisa Ryun, Riz Amin, Meor Mohd, Haziq Fadhullah, Anne Abdullah.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16
Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24
Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28
Episod 29 Episod 30

Sinopsis Drama Korban Kasih

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya.

Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah anak bongsu dari lima beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain.

Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil, adiknya Fatimah dan Kak Longnya.

Gambar Pelakon